PUAN SRI HALIMAH masih jelita walaupun telah berusia 61
tahun. Hari ini, Tan Sri Rushdi menjemput hampir 300 orang teman dan keluarga
untuk bersama menyambut hari lahir isteri kesayangannya. Perancangan rapi Tan
Sri Rushdi ini dibantu oleh Azalea dan Aisyah. Ilham Zackry juga turut membantu.
Namun, dalam diam dia tetap berdebar. Dia tidak pasti adakah hari ini adalah
hari terbaik dia bertemu dengan Elza Zaharah.
“Izack
ni teruklah. Macam dia yang anak dara,” giat kakaknya, Aisyah.
“Mama
yang beria-ia. Kakak pun tahu Izack busy,” jawab Izack.
“Busy konon. Abang Joe nampak kamu lepak di Bukit Jalil Golf
Club. Main golf tengah hari buta. Busy apa?” kata Azalea.
Ilham
Zackry ketawa. “Oh, tu sebab nak maintain business.”
“Kamu
main golf di situ, Izack?” soal Tan Sri Rushdi yang kebetulan muncul lalu turut
serta dalam perbualan anak-anaknya.
Ilham
Zackry mengangguk. “Ya, pa! Kadang-kadang. Kenapa?”
“Zara
tinggal di Anjung Hijau depan tu,” beritahu Tan Sri Rushdi sambil tersenyum
simpul.
Azalea
dan Aisyah tertawa gembira.
“Ha!
Ha! Tak boleh lari,” sambung Aisyah. Teruja dia untuk bertemu wanita bernama
Elza Zaharah. Cerita indah dan baik telah banyak didengar dari Tan Sri Rushdi
sedangkan tuan punya badan tidak pernah sampai ke banglo itu.
“Tetamu
dah sampai. Izack, ushar-ushar sikit. Elza Zaharah dah confirmkan kehadiran semalam,” kata Tan Sri Rushdi lagi. “Papa
sendiri yang jemput dia.”
“Oh my God!” kata Ilham Zackry tidak percaya.
“Kak
Sya pun eager nak tengok,” kata Aisyah. “Kami tak pernah berjumpa bakal buah hati
awak...”
Hari
itu, Ilham Zackry berbaju batik. Biru ungu mengikut tema yang ditetapkan
kakaknya. Halaman rumah orang tuanya ditutupkan dengan khemah putih besar yang
lengkap berpenghawa dingin. Bagai khemah pengantin, kata kakaknya. Dia hanya
tersenyum. Maklumlah, dia tidak pernah menghadiri majlis perkahwinan. Malah,
ketika kakak-kakaknya mendirikan rumah tangga, dia mengambil keputusan untuk
tidak pulang ke Malaysia pada waktu itu.
Dari
tempat Ilham Zackry berbual dengan tetamu, sekilas dia nampak Elza Zaharah
melangkah masuk ke khemah yang disediakan. Berseorangan dengan membawa hadiah
di tangannya. Dia berbaju kurung batik merah hati lengkap tudung berona emas.
Setelah bersalaman dengan mamanya, mereka berbual seketika.
Senyumannya
manis. Gayanya sopan. Kini dia bersetuju 100% dengan kata-kata mamanya, Elza
Zaharah cantik dan bersopan. Tidak lepas mata Ilham Zackry dari memandang Elza
Zaharah, namun dari jauh sahaja. Untuk datang dekat dan menyapa, entah mengapa
akalnya menghalang keras.
Tidak!
Ilham Zackry tidak mahu begini sebagai titik permulaannya. Dia bergegas
meninggalkan majlis dengan menyusup keluar dari khemah melalui pintu belakang.
Segera dia menghubungi pemandunya, Elias.
Dia
tahu mamanya akan merajuk. Mungkin papanya, akan marah. Namun, suatu hari nanti
mereka pasti faham kenapa ia penting buat dia dan seluruh ahli keluarganya.
KISAH ANTARA ELZA ZAHARAH & ILHAM ZACKRY BOLEH DIHAYATI HINGGA TAMAT DENGAN MEMILIKI NOVEL JANGAN LUPAKAN AKU, TERBITAN ALAF 21 DI KARANGKRAF MALL DAN HAMPIR SEMUA KEDAI BUKU DI SELURUH MALAYSIA.
TERIMA KASIH
Saat Pena Di Genggaman...
Iza Safiya
4/19/2013 10:55:00 am |
Category:
Naskah 1: JLA - Bab 10
|
0
comments
Comments (0)