“FANTASTIK!” Elza Zaharah menjerit kecil. Jeritan itu
menyebabkan dia terjaga dari lenanya. Tersenyum dia mengenangkan mimpinya.
Jarang sekali dia bermimpi indah. Mungkin kerana dia kerap tidur dalam keadaan
badan yang terlalu penat.
Dengan
mata yang masih mengantuk, dia memerhatikan jam loceng di atas meja di sebelah
katil, layunya mata Elza Zaharah hilang serta merta. Jam sudah menunjukkan
pukul 8.30 pagi. Dia bingkas bangun. Dia sudah terlewat untuk ke pejabat.
Ketika
melewati Bukit Jalil Business Centre, dia hanya memandang sayu ke arah Kopitiam
Manja. Tidak mungkin dia sempat untuk duduk dan menikmati secawan kopi O panas
bersama dua keping roti bakar dan dua biji telur tiga suku masak yang menjadi
kegemarannya. Sehinggakan pekerja dan tauke di situ tahu yang dia akan muncul
sekitar jam 7.30 pagi setiap hari.
Sebaik
sampai di pejabat, dia terus masuk ke biliknya. Sofea yang nampak Elza Zaharah
muncul agak lambat dari biasa datang menegurnya. “Zara! okeykah?”
“Hmm...
okey. Cuma terlewat bangun,” jawab Elza Zaharah menunjukkan kekesalannya.
“Istana
awak dah siap?” soal Sofea tenang. Dia terus mengambil tempat di hadapan rakan
niaga seniornya itu.
“Istana
Izack... Bukan I yang punya...” tegur
Elza Zaharah sambil tersenyum. Perlahan dia mengemas dokumen di atas meja.
“Buat
masa ini you boleh imagine istana itu you
yang punya, sebab siang malam you
fikir pasal rumah itu...” nasihat Sofea perlahan.
“Betullah!
Tak lena tidur malam kadang-kadang...”
“So,
progress sekarang?” soalnya
lagi ingin tahu. Dia telah ke sana tiga minggu lepas. Melihat pada Elza Zaharah
yang kerap tiada di pejabat, dia tahu progress
penyiapan tentunya lebih lagi.
“Dalam
rumah hampir siap. Luar rumah memang dah settle. Esok pagi perabot start masuk...” beritahu Elza Zaharah. "Then, last touch-up!"
“Everyday Zara ke sana?” Sofea bertanya.
“Ya...
Setiap malam Zara akan e-mel report pada owner. Dah banyak kali request dia datang untuk tengok, tapi, tak pernah muncul. Setiap
kali Zara contact untuk ajak dia ke rumah itu, dia tak pernah reply. So,
Zara e-mel report ajelah...
Bimbang jika ada yang dia tidak puas hati, uninstall dan
re-install lebih susah dari install kali pertama.” Elza Zaharah membebel tanpa mengira Sofea
mendengar atau tidak.
“Good. Kalau setiap quarter dapat projek macam itu, kita boleh bayar bonus lebih
sikit...” beritahu Sofea lagi.
“Insya-ALLAH...
tahun ini kita beri bonus lebih. Sekarang baru bulan Mei, ada tujuh bulan
lagi...” sahut Elza Zaharah bersetuju. Dia juga perlukan bonus itu untuk
persekolahan adik-adiknya.
Sebaik
Sofea keluar, Salwa pula melangkah masuk. Dia ingin menyerahkan laporan
kewangan setiap projek yang sedang berjalan. Selain itu, Salwa juga membawa
satu fail tebal berisi voucher bayaran berserta cek untuk Elza Zaharah
semak dan tandatangani.
“Bos,
ada satu customer yang project dah complete Januari lepas, tapi payment masih sangkutlah...” adu Salwa selepas menyerahkan semua
laporan kewangan bulan itu.
“Siapa?”
soal Elza Zaharah.
“Millennium
Worldwide... Bila saya call
account department, mereka
minta bos call CEO dia orang dulu...” jawab Salwa membuat
bosnya menarik dan melepaskan nafas geram.
“Berapa
yang tertunggak?” soal Elza Zaharah. Dia terlalu sibuk hingga lupa jumlah
tersebut.
“RM
300K lebih...”
Elza
Zaharah mengerutkan dahi. Mereka berdua maklum mengapa itu berlaku. Syarikat
Millennium Worldwide dimiliki oleh Shaari Salleh. Duda anak tiga yang telah
menunjukkan minatnya pada Elza Zaharah. Sepanjang empat bulan team Dreams Design menguruskan reka hias pejabat baru
Millennium Worlwide di KLCC, saban minggu Elza Zaharah menerima bunga dari
lelaki yang berusia 40-an itu. Bayaran terakhirnya sengaja ditahan sehingga
Elza Zaharah sudi keluar makan malam berdua dengannya. Macam-macam alasan
diberikan.
“Kita
guna lawyer sahaja...” cadang Elza Zaharah.
“Saya
cadangkan bos call dulu, negotiate... lebih cleanlah... Saya bimbang kita takutkan bakal
pelanggan sebab fikir kita suka saman pelanggan sendiri,” nasihat Salwa
perlahan, bimbang jika bosnya menolak bulat-bulat cadangan itu.
“Saya
tak suka pergi dinner lah...” beritahu Elza Zaharah. "Berdua
dengan dia pulak tu."
“Bos
call Shaari dan pujuk tukar pada lunch. Tapi, dua minggu lagi baru boleh. Saya dah call office dia, Shaari bercuti dengan isteri baru...”
nasihat pegawai kewangannya itu.
“Aha!
Good... Sepatutnya dia taklah segatal dulu, kan?” kata Elza
Zaharah sedikit lega.
“Hopefully...” balas Salwa. Maklumat rakannya yang bekerja di sana
buat dia gerun. Cuma, Salwa sengaja tidak mahu memaklumkan pada bosnya itu.
“Tolong ingatkan saya hal ini dua minggu lagi...” arah Elza Zaharah.
“Insya-ALLAH!”
Wajah
serius Elza Zaharah mengiringi langkahan Salwa keluar dari pejabatnya.
Dia
terus ke tingkat satu dan membuka kunci pintu sebuah bilik yang sudah siap
dipasangkan dengan karpet gabungan dua warna iaitu oak bark dan russet walnut,
yang tersusun mengikut arah kiblat. Ini memudahkan Izack dan penghuni lain
bersolat berjemaah di bilik ini yang Elza Zaharah cadangkan dijadikan surau.
Setelah
menumpang solat asar, dia terus naik ke tingkat tiga. Tingkat tiga rumah
tersebut sudah hampir siap. Terdapat tiga buah bilik tidur lengkap dengan bilik
mandi dan kelengkapan mandian yang termoden. Bilik tidur berlantaikan laminated wood dari kayu pecan yang berwarna sedikit cerah.
Memandangkan pengguna bilik tidur yang tidak dapat dijangka, Elza Zaharah
memilih tona lembut beberapa warna untuk mencipta kelainan.
Elza
Zaharah memeriksa dengan teliti semua lampu yang telah dipasang oleh kontraktor
setelah dihantar oleh pembekal lewat petang semalam.
Kemudian
dia turun ke tingkat dua melalui tangga. Keseluruhan tangga di rumah ini telah
dipasang permaidani dwi corak. Di tingkat dua, terdapat bilik tidur utama,
bilik tidur tetamu, ruang santai dan lounge.
Bilik
tidur tetamu utama telah direka sama seperti bilik tidur tetamu yang lain. Yang
berbeza adalah ia mempunyai kloset khas di mana kabinet pakaian built-in telah dipasang siap dengan meja solek dengan
cermin pada semua dinding.
Dia
telah memilih katil Jepun berwarna hitam yang kontra dari putih dinding bilik
tersebut. Cadarnya pula berwarna putih dengan motif garis halus berkilat yang
akan menyebabkan ruang bilik tidur nampak eksklusif. Dua bidang rug akan dibentangkan di hujung katil dan di set sofa.
“Hei,
bos,” tegur Steven.
Elza
Zaharah yang serius memeriksa lampu candelier yang terpasang menoleh lalu
tersenyum.
“Dah
pukul 7.00 petang ni. Kami nak balik dulu. You check semua switch
cover yang I dah pasang.
Kalau ada yang you nak tukar, you call I.
Esok I sambung tingkat bawah dan kawasan luar,” pesan Steven,
kontraktor elektrik.
“Okey,
Steven. I tengah check lampu satu-satu... ambil masa sikit,” maklum
Elza Zaharah.
“Tak
apa. Take your time. Kami balik dulu. Kami kunci semua pintu dan
gril. You ada kunci, kan?” soal Steven.
“Ada...
you kunci semua tingkat bawah. I dah check tingkat atas... Semua okey,” beritahu Elza Zaharah.
Steven
segera mengangguk. “Bos, saya turun dulu.”
Elza
Zaharah hanya memerhatikan Steven pergi. Dia meneruskan kerja hingga sampai
masuk waktu maghrib. Selepas solat, dia menyambung tugasnya semula sehingga
pukul 9.00 malam.
Sebaik
selesai, Elza Zaharah terus mengemas barangnya dan turun ke bawah untuk keluar
dari pintu utama. Namun, dia gagal mencari gugusan kunci rumah tersebut setelah
menyeluk tas tangannya berkali-kali. Ah! kunci Istana Izack telah tertinggal di
atas meja kerjanya di rumah.
Pantas
dia menyeluk tas tangan untuk mencari iPhonenya. Dia perlu meminta bantuan Rita
untuk membawa kunci pendua yang terdapat di pejabat. Aduh, iPhonenya habis
bateri.
“Ya
ALLAH!” Dia menggeleng berkali-kali. Tidak percaya yang dia terpaksa bermalam
di banglo ini. Dalam diam, berulang kali dia berdoa agar ALLAH mengizinkan
mana-mana hamba-NYA datang ke rumah ini untuk membolehkan dia pulang ke rumah.
Sejak
pulang ke Malaysia, dia tinggal di penthousenya di The Ratio. Dekat dengan pejabatnya di
Damansara Astraea.
Dengan
menaiki lif, dia terus ke tingkat tiga. Tersenyum dia melihat bilik tayangan
yang sudah siap. Dia sendirian membelek peralatan canggih yang siap terpasang
di bilik itu. 15 minit kemudian, dia keluar.
Dengan lif, dia turun ke tingkat dua di mana bilik
tidurnya bakal berada. Ini adalah antara ruang yang digemarinya. Hari ini dia
belum menerima laporan dari Elza Zaharah. Mungkin wanita itu terlalu sibuk. Jika
ikut garis masa, esok, semua perabot akan sampai. Ini bermakna, katil dan
tilamnya akan sampai esok. Dia gemarkan katil bergaya Jepun.
Peliknya,
Elza Zaharah juga mengesyorkan rekaan itu. Bersaiz besar dan bertilam 30’ yang
menyokong tulang belakangnya yang sedikit bermasalah akibat bermain ragbi
semasa zaman kolejnya dahulu. Dia juga sukakan bilik mandinya yang baru siap
akhir minggu lepas.
Kemudian
dia terus turun ke tingkat pertama. Dia sukakan tingkat ini kerana dari tingkat
ini, dia boleh nampak ruang tamu di tingkat bawah. Jika candelier di ruang tamu dihidupkan, cahayanya akan
menerangi keseluruhan ruangan utama di kedua-dua tingkat.
Dia
mematikan lampu di ruang santai tingkat satu. Peliknya ruang itu tidak terus
gelap seperti selalu. Ada cahaya keluar dari ruang bawah pintu surau. Dia cuba
membuka tombolnya, namun berkunci. Segera dia membuka dengan kunci pendua yang
ada padanya. Sebaik pintu dibuka, dia ternampak sekujur tubuh berbaring di
penjuru bilik. Ada tag pekerja yang terletak di atas karpet bersama seutas jam
tangan, iPhone, kunci kereta dan sebentuk cincin. Dia membaca perlahan nama
yang tertera, ‘ELZA ZAHARAH’.
Dia
terkejut dan terpegun melihat kecantikan wanita itu. Kulitnya putih melepak,
pipinya mulus, bibirnya penuh, keningnya lebat, bulu matanya panjang dan hitam
serta rambutnya lurus beralun panjang hingga ke pinggang. Inilah wanita yang
diperkatakan oleh papa dan mamanya beberapa hari sebelum dia pulang dari luar
negara. Inilah juga wanita yang namanya diulang sebut sebaik dia menjejakkan
kaki di tanah air.
“Orangnya
cantik dan bersopan,” kata mamanya, Puan Sri Halimah.
Ilham
Zackry hanya mendiamkan diri pada waktu itu. Kini dia bersetuju 50% pada komen
yang mamanya berikan. Elza Zaharah memang cantik tetapi dia masih belum berpeluang
untuk menilai kesopanan wanita ini.
“Dia
komited dan berimiginasi tinggi,” kata papanya pula.
Ilham
Zackry masih lagi diam pada waktu itu. Kini dia bersetuju 100% pada komen yang
papanya ucapkan. Imiginasinya sudah teruji. Kini, terbukti, wanita ini memang
komited hingga tertidur di banglo tiga tingkat ini.
Hendak
dikejutkan, dia bimbang gadis itu malu. Dia seorang yang bertudung. Tudung dan
anak tudungnya dibentang di satu lagi penjuru surau.
Wajah
gadis itu ada sedikit iras Nyiela, kekasih pertamanya sejak dia di tingkatan
satu. Namun, cinta itu putus semasa mereka mengikuti A-Level. Ilham Zackry
membawa diri ke USA. Dia menyambung pelajaran di dalam bidang kejuruteraan
Elektrik dan terus bekerja di sebuah firma terkenal, Zetric Engineering Consultants
di New York. Empat tahun selepas itu, dia ditawarkan menjadi senior partner di situ.
Tahun
ini, dia menjual separuh dari pemilikan yang dimiliki di Zetric Engineering
Consultants. Dia bersetuju untuk pulang ke Malaysia. Ada banyak sebabnya. Yang
pertama kerana, papa dan mamanya yang semakin berusia. Yang kedua kerana,
kedua-dua orang kakaknya sudah tidak menang tangan menguruskan anak-anak
syarikat Global Ventures. Yang ketiga, dia sudah pandai sunyi. Hatinya dan
jiwanya sunyi. Sejak Nyiela, dia tiada sesiapa lagi.
Mamanya
mencadangkan dia berkenalan dengan Elza Zaharah. Sebabnya dia tidak pasti. Dia
merapati Elza Zaharah. Hatinya diacah-acah untuk membelai rambut wanita itu,
namun, akalnya menghalang. Elza Zaharah bertudung dan tidak mungkin rela
diperlakukan sebarangan. Segera dia keluar dari bilik itu. Dia berjalan lebih
pantas lagi menuju ke bawah terus keluar melalui pintu utama lalu menguncinya.
Jari
jemari Elza Zaharah yang runcing diletakkan di atas peha, membuat jiwa
lelakinya bergelora. Sebaik terjaga dari tidurnya, dia beristighfar. ‘Ya
ALLAH... kenapa wajahnya terbayang di ruang mata?’
4/19/2013 10:30:00 am |
Category:
Naskah 1: JLA - Bab 08
|
0
comments
Comments (0)