“FANTASTIK,”
kata Sofea dan Ariffin sebutkan pada kali pertama mereka datang ke Istana
Izack. Pada hari itu, semua penataan siling telah pun siap.
Dinding
pula telah mula dicatkan dengan warna pelbagai mengikut ruang. Maka, apabila
digabungkan siling, dinding dan lantai yang memang sudah siap di pasang jubin porcelain, rumah tersebut ibarat istana moden sesuai dengan nama
Istana Izack.
Elza
Zaharah merasakan yang Ilham Zackry menghantar orang kepercayaannya untuk
meninjau progress kerja di rumah tersebut. Maka, Elza Zaharah
beria-ia menunggu tetamu itu bagai menunggu pemiliknya sendiri.
“Elza
Zaharah. Izack’s Interior
designer,” balas Elza Zaharah.
Kejap dia menggenggam tangan Emma yang tinggi lampai ibarat model.
“Show
me your talent!”
Elza
Zaharah membawa Emma ke tingkat atas. Satu demi satu ruang ditunjukkan dan
diterangkan sambil visual di dalam MacBooknya dipertontonkan.
Emma
diam, hanya mengangguk dan mengerut dahi.
Elza
Zaharah sudah merasa tidak sedap hati. Mujur dia membawa PenNote yang
dimasukkan di dalam kocek atas kemejanya. Itu memudahkan dia mendengar semula
segala komen pelanggannya.
Satu
jam Elza Zaharah membawa site
tour pada wanita muda
berkasut tinggi empat inci. Sampai di hadapan kolam renang dia bertanya, “Any comment?”
“Hmm...
bilik tidur utama nampak boring,” jawab Emma teragak-agak. “Emma suka warna
merah, bukan putih hitam. Emma tak suka sofa tu di bilik tidur. Nak material
yang lain. Izack tak kisah kalau kita tukar semua ini. Katil Japanese style tu tak romantiklah. Boleh pilih platform bed yang lain tak. Closet tu kecil sangat. Candelier di bilik mandi tu kecil sangat. Kenapa tak
ada gym? Habis, Emma nak workout di mana? Bilik maid pun nak letak ceiling cornice. Mengadalah mereka nanti,” bebelnya.
Elza
Zaharah mengangguk perlahan. “Saya dapatkan kelulusan dari Encik Izack dan akan
ubah secepat mungkin. Gym memang tak perlu untuk Encik Izack sebab dia
suka outdoor workout.” Dia pernah mencadangkan ruang gym buat Izack di pejabatnya, namun e-mel dari Sylvia menolak cadangan tersebut.
“He
loves running and playing basketball...” Itu jawapan Sylvia melalui e-mel.
“Yalah!
Tapi, yang nak tinggal di sini, dia dan saya. Takkan keperluan saya, awak
ketepikan!” marah Emma.
Elza
Zaharah mengangguk. “Kitchen, okey tak?” Semua wanita bergelar isteri gila
dengan dapur tempat memasak untuk suami tersayang.
“Itu
I tak kisah. I tak masaklah...”
“Okey...”
balas Elza Zaharah sambil menyembunyikan senyuman.
Tiada
jawapan sehingga seminggu berlalu. Maka, Elza Zaharah tidak mengambil sebarang
tindakan.
Takut
dengan cara Ilham Zackry berurusan, Elza Zaharah mengambil pendekatan, bertenang
dan memastikan pelanggannya sentiasa dimaklumkan. Maka, setiap hari, dia akan
mengambil gambar perubahan yang berlaku dan dia akan meng-e-melkannya kepada
lelaki itu dan setiausahanya, Elyana. Itu buat Elza Zaharah lega. Projek hampir
RM 2.0 juta dan tiada pemantauan dari pihak pemilik RM? Gerun!
My
friend, Marsila will visit the house tomorrow morning.
Kali
ini, dada Elza Zaharah berdebar-debar. Kawan yang bagaimana? Jika komen dari
Emma tidak diendahkannya, bagaimana dengan komen dari Marsila.
Peliknya,
Marsila pula banyak memuji. Semua dia suka tetapi setiap hujung ayatnya akan
ada perkataan but.
“Tiles ini cantik but pelik.”
“Jacuzzi
tub ini best but
the color is not pop-out!”
“Ila
suka ada basketball area. Izack mesti happy but it’s too small for him.”
“Kitchen nampak
class but I don’t cook.”
Malam
itu juga, Elza Zaharah menghantar e-mel dengan menyenaraikan semua komplen yang
disebut Marsila. E-mel itu juga ditutup kemas dengan persoalan yang sama, “Should I fulfil her requisitions. Need your
advice. Please inform me before it’s too late.”
Juga
tiada jawapan sehingga seminggu berlalu. Maka, Elza Zaharah juga tidak
mengambil sebarang tindakan.
4/19/2013 10:14:00 am |
Category:
Naskah 1: JLA - Bab 07
|
0
comments
Comments (0)